Monday, August 22, 2011

HaCk. . HaCkeRs. . HaKtuiH. .

In the name of ALLAH The Most Gracious The Most Merciful

Isk... Mmg geram la kali nie.. 
FB da lme aku x bukak..
Kne HACKED punyer pasal la labu oleh hacker y celaka...

Suka ekk hack2...
FB aku da kne hacked.. Nasib bek si twitter x kene..
Isk.. aku bukan lyn sgt twitter mitter tuh..
Sekadar nk glemer jer...
Cam iklan Ribena tu..(kelas ko cik jah)..
Hahaha..

Hack dgn mudah!!!
Frens aku bebel ckp fb aku ok jer cm biasa..
But, bila aku bukak..
Dia jadi cm karangan dak skola darjah 1..
Satu pic pon xder...
Lg 1, lps logged in dia kuar nie..

Cam google pon x kasi aku proceed bukak FB..
Nak kata virus, stiap kali bukak lappy jer antivirus aku automatic update line..
Harap2 menjelang nak raya t da ok la...
Sng guna FBI nk wish raya..
hehe..
Tulis wish kat blog nie xtau la ader owg bce ke x..
haahaa..
Ok..
Wasalam...


PeJaM CeLiK


In the name of ALLAH The Most Gracious The Most Merciful. . .

Pejam celik pejam celik pejam.... Alhamdulillah masih celik jangan x celik2...haha.. Sedar tak sedar tinggal gila lagi seminggu jer nak raya.. 
Nak wish gak..
Sir-lump-mart Har-rie Raw-year (London version)
Special card.. Hehe



Tahun lepas raya kat matrik, tahun nie raya kat U.. Isk.. Enta ape ape aje la rase jadi kat U nanti.. Spe2 y dah graduate @ sdg blaja kat u tu patot bersyukur.. coz xsemua owg dapat g u...


Jom masuk u..
Isk.. Aku pon nk jugak rase ape cmner kat u tu.. Hehe.. 
Mostly cakap time u kne pandai menyanyi self-management.. klow x, lingkup la jawabnyer.. Btol ker?
Wait n c...
Tutup telinga cepat!!
Pas msuk u, graduate..
Paswu keje plak..
Cam baru semalam main pasir longkang n lumpor mse kcik2..
Erm.. Hidup..


Main pasir dik?? Haha
Btw, wish kowg luck jgk la..
Anyway.. Hidup mst diteruskan kan?? ^_^
Wasalam. . .

Tuesday, August 16, 2011

ePy bDaY aYaH..


In the name of ALLAH The Most Gracious The Most Merciful

Salam Ramadhan semua... Arinie 16hb8 kan?? Ha...knp??
Arinie bday ayah aku...
Selamat hari lahir yang ke - 51 ayah..

Ayahku kini berusia 51 tahun
Othman bin Hashim seperti yang tertera didlm i/c.. Itulah ayahku yang selama ini menjadi tulang vertebrata belakang utama keluarga kami..
Ayahku seorang pesara tentera udara..

Aku bersyukur kerana mempunyai ayah yang baik serta penyayang ketika mendengar leteran ocehan kawanku yang bercerita perihal neneknya ayahnya yang garang...
Hurm,segarang mana pon seorang ayah,dia tetap sayangkan anaknya..
Sering tersenyum ketika suka mahupun duka, aku senang dengan sikap ayahku itu..

So,arinie aku pon nak buat la sesuatu yang istimewa buat ayah...
Ape dia ae??
Piker punyer piker, chocolate cake would be nice..
Ah, layan..

Kek coklat moist kukus resepi mak aku..
Tapi kali nie aku nak tulis2 atasnyer..
Biar special cket n puas atie..

Then bersilat la aku kat dapur sesorang,ceh..masa nie la akak aku xder..Ader hal plak kat KL..Nak xnak, aku buat sesorang jer la...
Haha...
Dengan bismilah..
Telur n gula dulu..

Da masuk koko,susu cair,tepung,minyak..

Sebati dah kot..

Siap kukus..

Pas siap kukus tu aku tengok tengah dia merekah..
So, cara terbaik nak cover buat la topping..
Terbuat cket plak coz koko da abes..
Wakaka...
Pastu aku nk tulis...
Dengan 'kepakaran' kerja melantak kat Secret Recipe dulu..
Aku pon tulis la..

Siap tulis..


Xbpe kemas sgt coz improper instrument la...
Pe2pon da siap..
Ko ader??? Hahaha..
Hurm, puas atie gak la  rase air tangan dan kaki sendiri..
Next time korang try la buat suprise kat bapak korang~
Bye....wasalam...



Monday, August 15, 2011

PanaS koT..



In the name of ALLAH The Most Gracious The Most Merciful..


Sekarang kita berada di dalam bulan Ramadhan.. bulan penuh barakah, bulan penuh kemuliaan.. tahukah anda definisi Ramadhan itu sendiri? Jika tidak, mari kita menyingkapnya..


Ramadhan bermaksud ‘panas terik’ atau ‘terbakar’. Dinamakan demikian kerana cuaca di Jazirah Arab pada bulan Ramadhan sangat panas, sehingga jika sesiapa berjalan kaki tanpa alas di padang pasir pasti terlecur kakinya. Dalam pengertian lain dinamakan Ramadhan kerana pahala orang yang berpuasa dapat 

membakar dosa-dosanya yang telah lalu. Itulah Ramadhan.

Kini anda jelas definisi Ramadhan? Alhamdulillah... Berdasarkan definisi diatas juga, pahala berpuasa dapat menghapuskan dosa2 y lalu. Ah, begitu mudah. Semudah itukah? Ya, selagi kita masih menjaga syariat dan segala suruhan ALLAH Taala.


Beberapa hari yang lepas, kawan saya menulis di status FBnya bahawa dia mereject  perempuan tidak bertudung. Maka berderet2lah feedback  yang diterima samada baik mahupun buruk respons daripada kaum adam dan  hawa. Emosi juga komen2nya. Jika rajin, luangkan sedikit masa membaca entry  kawan saya. KLIK SINI .

Nak dijadikan cerita, saya suka dan keluarga gemar berkunjung ke Econsave berhampiran kerana harga yang berpatutan (bukan duta Econsave ae nk promote2). Kalau membeli sayuran atau buahan, kita mesti kena timbangkan? Hurm, lama kelamaan da boleh perasan dah akak yang selalu jaga kaunter timbang tu. Masa pergi sebelum nie, elok jer bertudung walaupun tidak sepenuhnya menutup aurat (bahagian siku hingga jari terdedah dek baju pekerja Econsave yang berlengan pendek dan keengganan memakai stokin tangan). 

Datang pulak baru2 nie masa bulan puasa, tudung dah hilang dah. Aik.. PanaS koT..??? Tapi kerja dalam aircond, ape yang panas? Siap pakai earrings yang blink2 lagi (maaf kak ae, nak jadikan pengajaran je). 


Canmie la earring nyer..

" Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai keatas dadanya, dan JANGANLAH KAMU MEMDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KECUALI APA YANG TERZAHIR." (An-Nur:31)

Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan2 yang berpakaian tetapi telanjang, (menggoda, nipis, ketat, seksi yang cenderung kepaada perbuatan maksiat  dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat),. Rambut mereka umpama goh2 unta ( didedah dan di banggakan). Sungguh mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.
-Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim-


Lagi satu,sebelum terlupa. "LEGGING adalah telanjang!"

So, kaum hawa hindarilah memakai legging di kawasan umum juga terdapat lelaki ajnabi (halal dikahwini). Sama2lah kita mempertingkat amalan di bulan mulia. Yang baik jadikan amalan, yang buruk bentengkan sempadan. 

Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wednesday, August 3, 2011

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU NAK ??



Selalu kita merungut..


"Eh, aku nak yang nie, knp asyik tak dapat jer?"

"Aku benci yang nie. Knp aku jer yang kena?"

"Aku dah tak sanggup dah. Dah byk kali aku failed. Knp?"

"Isk, sngnyer hidup dia. Mewah. Parents kaya. Rumah besar. Aku??"

"Knp dia pandai sgt. Aku belajar lagi rajin dari dia. Ape lebihnya dia???"


Sering soalan2 nie menerjah fikiran kita kan?? Kadang2 hampir menyalahi takdir. Astaghfirullah... Sebenarnya, perlukah kita persoalkan sesuatu yang diluar kemampuan kita untuk menentukannya? Berkuasakah kita lebih dari Pencipta? Itu lah takdirnya.. 


Belajarlah menerima sesuatu yang bukan kehendak kita. Kadang2 ada jgk org cakap:



"Eh,best nyer kau. Hidup ceria jer selalu...."

"Aku tak macam kau. Kau pandai....."



Dalam kesenanganku, sering jugak aku berduka hati kerana sesuatu yang bukan kehendakku. Murung. Bersedih. Menangis. Knp?

Bukan setiap saat aku ceria bahagia tapi ada juga duka lara nestapa. Sepatutnya jangan lah kita berburuk sangka terhadap Allah sehingga kurang meyakini akan kebesaranNya, kebijaksanaanNya dan kuasaNya untuk melakukan segala apa sahaja yang dikehendakiNya.  Atau tidak dapat menerima hakikat bahawa manusia dicipta untuk diuji dan untuk menghambakan diri kepada Allah,  maka penafian dan keingkaran yang tidak berasas ini diistilahkan sebagai buruk sangka terhadap Allah.



“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)



" Ya ALLAH, jika aku menyukai sesuatu, sertakanlah ia dengan redhaMu. Jika aku membenci sesuatu, sedarkanlah aku akan hikmah ia terjadi. Sesungguhnya Engkau Maha Melihat lagi Maha Mengetahui ". 


Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui daripada kita. Sukalah aku mengingatkan diri ini juga supaya bersyukur.. 



Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah