Wednesday, August 3, 2011

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU NAK ??



Selalu kita merungut..


"Eh, aku nak yang nie, knp asyik tak dapat jer?"

"Aku benci yang nie. Knp aku jer yang kena?"

"Aku dah tak sanggup dah. Dah byk kali aku failed. Knp?"

"Isk, sngnyer hidup dia. Mewah. Parents kaya. Rumah besar. Aku??"

"Knp dia pandai sgt. Aku belajar lagi rajin dari dia. Ape lebihnya dia???"


Sering soalan2 nie menerjah fikiran kita kan?? Kadang2 hampir menyalahi takdir. Astaghfirullah... Sebenarnya, perlukah kita persoalkan sesuatu yang diluar kemampuan kita untuk menentukannya? Berkuasakah kita lebih dari Pencipta? Itu lah takdirnya.. 


Belajarlah menerima sesuatu yang bukan kehendak kita. Kadang2 ada jgk org cakap:



"Eh,best nyer kau. Hidup ceria jer selalu...."

"Aku tak macam kau. Kau pandai....."



Dalam kesenanganku, sering jugak aku berduka hati kerana sesuatu yang bukan kehendakku. Murung. Bersedih. Menangis. Knp?

Bukan setiap saat aku ceria bahagia tapi ada juga duka lara nestapa. Sepatutnya jangan lah kita berburuk sangka terhadap Allah sehingga kurang meyakini akan kebesaranNya, kebijaksanaanNya dan kuasaNya untuk melakukan segala apa sahaja yang dikehendakiNya.  Atau tidak dapat menerima hakikat bahawa manusia dicipta untuk diuji dan untuk menghambakan diri kepada Allah,  maka penafian dan keingkaran yang tidak berasas ini diistilahkan sebagai buruk sangka terhadap Allah.



“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)



" Ya ALLAH, jika aku menyukai sesuatu, sertakanlah ia dengan redhaMu. Jika aku membenci sesuatu, sedarkanlah aku akan hikmah ia terjadi. Sesungguhnya Engkau Maha Melihat lagi Maha Mengetahui ". 


Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui daripada kita. Sukalah aku mengingatkan diri ini juga supaya bersyukur.. 



Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah



No comments:

Post a Comment