Monday, August 15, 2011

PanaS koT..



In the name of ALLAH The Most Gracious The Most Merciful..


Sekarang kita berada di dalam bulan Ramadhan.. bulan penuh barakah, bulan penuh kemuliaan.. tahukah anda definisi Ramadhan itu sendiri? Jika tidak, mari kita menyingkapnya..


Ramadhan bermaksud ‘panas terik’ atau ‘terbakar’. Dinamakan demikian kerana cuaca di Jazirah Arab pada bulan Ramadhan sangat panas, sehingga jika sesiapa berjalan kaki tanpa alas di padang pasir pasti terlecur kakinya. Dalam pengertian lain dinamakan Ramadhan kerana pahala orang yang berpuasa dapat 

membakar dosa-dosanya yang telah lalu. Itulah Ramadhan.

Kini anda jelas definisi Ramadhan? Alhamdulillah... Berdasarkan definisi diatas juga, pahala berpuasa dapat menghapuskan dosa2 y lalu. Ah, begitu mudah. Semudah itukah? Ya, selagi kita masih menjaga syariat dan segala suruhan ALLAH Taala.


Beberapa hari yang lepas, kawan saya menulis di status FBnya bahawa dia mereject  perempuan tidak bertudung. Maka berderet2lah feedback  yang diterima samada baik mahupun buruk respons daripada kaum adam dan  hawa. Emosi juga komen2nya. Jika rajin, luangkan sedikit masa membaca entry  kawan saya. KLIK SINI .

Nak dijadikan cerita, saya suka dan keluarga gemar berkunjung ke Econsave berhampiran kerana harga yang berpatutan (bukan duta Econsave ae nk promote2). Kalau membeli sayuran atau buahan, kita mesti kena timbangkan? Hurm, lama kelamaan da boleh perasan dah akak yang selalu jaga kaunter timbang tu. Masa pergi sebelum nie, elok jer bertudung walaupun tidak sepenuhnya menutup aurat (bahagian siku hingga jari terdedah dek baju pekerja Econsave yang berlengan pendek dan keengganan memakai stokin tangan). 

Datang pulak baru2 nie masa bulan puasa, tudung dah hilang dah. Aik.. PanaS koT..??? Tapi kerja dalam aircond, ape yang panas? Siap pakai earrings yang blink2 lagi (maaf kak ae, nak jadikan pengajaran je). 


Canmie la earring nyer..

" Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai keatas dadanya, dan JANGANLAH KAMU MEMDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KECUALI APA YANG TERZAHIR." (An-Nur:31)

Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan2 yang berpakaian tetapi telanjang, (menggoda, nipis, ketat, seksi yang cenderung kepaada perbuatan maksiat  dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat),. Rambut mereka umpama goh2 unta ( didedah dan di banggakan). Sungguh mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.
-Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim-


Lagi satu,sebelum terlupa. "LEGGING adalah telanjang!"

So, kaum hawa hindarilah memakai legging di kawasan umum juga terdapat lelaki ajnabi (halal dikahwini). Sama2lah kita mempertingkat amalan di bulan mulia. Yang baik jadikan amalan, yang buruk bentengkan sempadan. 

Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

No comments:

Post a Comment